Sunday, December 11, 2011

PENAMBAHAN: LATIHAN PENGUKUHAN

 Imran membeli 1 240 biji buah epal dan 8 250 biji buah manggis. Berapa biji buah yang telah dibeli oleh Imran?


Awanis telah menjual 1 820 buah kereta pada bulan Januari. Dia kemudian menjual lagi 598 buah kereta pada bulan Februari dan 444 pada bulan Mac. Berapakah jumlah kereta yang telah dijual oleh Awanis? 




Cari hasil tambah 56 216 dan 520. Tuliskan jalan kerja anda.




567 + 56 744 =


82 813 + 5 162 =


92 543 + 7 244 =


421 + 27 312 + 996 =

Thursday, December 8, 2011

PECAHAN






                                 Sebiji tembikai : 1/1



                      Sebiji tembikai dipotong dua : 1/2



                      Sebiji tembikai dipotong empat: 1/4




          Jadi, begitulah adik-adik maksud pecahan, iaitu apabila sesuatu objek itu 'dipecahkan', ia akan menjadi semakin kecil.








Soalan Pengukuhan:








1. Rajah di atas  terdiri daripada beberapa buah segi tiga sama yang sama besar. Berapakah pecahan terkecil bahagian yang berlorek daripada seluruh rajah itu?

A satu perempat
B dua pertiga
C empat perenam

D tiga perlima   




Bilangan segi tiga yang dilorek: 4 bahagian




Bilangan segi tiga keseluruhan: 6 bahagian




Pecahan berlorek : 4/6




Ditulis dalam pecahan terkecil : 2/3

MASA DAN WAKTU : CARA PENGIRAAN (JAM DAN MINIT) 

1 minit = 60 saat

1 jam =60 minit.

1 jam =3600 saat

1 hari = 24 jam

·        Tukarkan saat kepada minit.

Contoh : 240 saat =.......... minit
                 240 / 60 saat =  4 minit


·        Tukarkan minit kepada saat

Contoh: 8 minit = ........... saat
                8 x 60 = 480 saat


·        Tukarkan jam kepada minit

Contoh: 2 jam = ........... minit
                2 x 60 = 120 minit


·        Tukarkan minit kepada jam

Contoh: 180 minit = ........... jam
                180 / 60 = 3 jam

ISIPADU AIR: Penukaran Unit Liter kepada Mililiter



1.8 l       = 1 l + 0.8 l
 
                    = 1000 ml + 800 ml
 
                    = 1800 ml

CARA LAIN 


                               = 1000 ml + 800 ml
                               = 1800 ml
liter
Milliliter
1
1000
0.8
800
Operasi Bahagi


4 kaedah operasi bahagi

  • Repeated substraction
  • Sharing equally
  • Partive
  • Inverse multiplication
1.Repeated Substraction

Osman mendapat 10 botol air,dia memberikan dua botol kepada 4 orang adik-adiknya.

10 - 2 - 2 - 2 - 2 = 2


10 ÷ 5 = 2

10 botol air tu dibahagi sama rata sebanyak 2 botol kepada adik-adiknya,4 orang,setiap sorang.10 tolak 8 botol,sama dengan 2.Bakinya adalah 2 botol iaitu untuk Osman.

2.Sharing equally

Ada 10 botol air,dibahagi sama rata kepada Hasan dan Husain.Setiap seorang akan mendapat 5 biji botol
air.

10 botol.
Hasan dan Husin


10 ÷ 2 = 5

3.Partive (Pengumpulan sama banyak)

Ada 16 orang orang pelajar,mereka pergi camping.Cikgu bawa 4 buah khemah ,16 orang hendak disumbatkan ke dalam 4 buah khemah, 16 bahagi 4,berapa?

4 orang
4 orang
4 orang




4 orang  
Satu khemah , 4 orang.

4.Inverse multiplication

000 000 000

(assume tu adalah telur ayam :p )

3 biji telur ayam dalam 3 bekas,
3 biji telur x 3 bekas = 9
9 ÷ 3 bekas = 3 biji telur
Operasi Darab


4 kaedah operasi darab :
  • Repeated addition (penambahan berulang)
  • Susun tertib (arrange in array)
  • Faktor skala ( scale factor)
  • Hasil darab Cartes (Cartesian cross product)
1.Repeated addition

Mira pergi ke kedai Ali dan beli 1 batang aiskrim,pergi ke kedai Ahmad dan beli 1 batang aiskrim,pergi ke kedai Ah Chong dan beli 1 batang aiskrim dan pergi kedai sebelah rumah dan beli 1 batang aiskrim.Berapa jumlah aiskrim Mira?

1 batang aiskrim
4 tempat berbeza

1 + 1 + 1 + 1 = 4     =      1  X 4 = 4
Yummy!


2.Susun tertib

(susunan mesti dalam keadaan segi empat sama/tepat)


cuppies ini dalam susunan tertib
5 menegak,5 melintang. Darabkan je 5 X 5 = 25 


3.Faktor skala

 A : 3 biji guli
 B : 9 biji guli


B = 3A

tu je.. =)

4.Hasil Darab Cartes

              
Ada 2 helai baju tshirt dan 2 helai seluar.Berapa kali boleh padankan baju merah/hijau dengan seluar kelabu/putih?

= baju merah + seluar kelabu , baju merah + seluar putih , baju hijau + seluar putih , baju hijau + seluar kelabu = 4 kali

Wednesday, December 7, 2011

OPERASI TOLAK

Terdapat 4 kaedah operasi tolak :
  • Take away (keluarkan)
  • whole part-part 
  • comparison (permbandingan)
  • completion (pelengkapan)
1. Take away

Ada 6 biji labu,kemudian ibu ambil 2 biji untuk dibuat gulai labu.Ada berapa biji labu yang tinggal?
*ibu keluarkan 2 biji labu
\

2.Whole part-part

Antara 8 biji buah orange sunkist dalam bakul,ada 3 biji buah yang busuk.Hakim hendak buah yang segar sahaja.
*Hakim asingkan buah orange yang busuk dan segar
\


3.Comparison

Husni beli 6 biji Smarties,manakala Aiman beli 3 biji Smarties sahaja.Berapa beza jumlah coklat mereka?
Add caption
*Mereka membandingkan jumlah yang banyak dan sedikit

4.Completion

Ah Seng perlukan 8 batang lolipop untuk diberikan kepada adik-adiknya,namun dia hanya mempunyai 6 batang lolipop.Berapa batang lolipop yang diperlukannya lagi?
*Ah Seng membandingkan jumlah yang dia perlukan dengan jumlah yang dia ada.
Lolipop
Lolipop

 **Ah seng memerlukan lagi 2 untuk mencukupkan 8 batang lollipop

Sunday, December 4, 2011

PENGENALAN OPERASI TAMBAH

 

      Secara amnya kita semua amat maklum akan operasi tambah yang dipraktikkan sejak kecil lagi. Bagaimanapun kaedah yang akan digunakan dalam modul ini agak berbeza, namun untuk jangka masa panjang adalah jauh lebih baik.

      Kaedah pengiraan nombor besar ke nombor yang lebih kecil. Menggunakan kaedah ini operasi campur dapat diselesaikan dengan lebih pantas dari biasa.


PANJANG : OPERASI ASAS (MENUKAR UNIT) 

1 cm = 10 mm

1 m= 100 cm

1 km = 1000 m

    Contoh1:
Tukarkan 200 cm kepada mm.
Penyelesaian :    1 cm = 10 mm
                             200 cm = 200 x 10 mm
                                           = 2000 mm

Contoh 2:
Tukarkan 200 mm kepada cm
Penyelesaian:     200 / 10
                             = 20 cm

Contoh 3:
Tukarkan 2 m kepada cm
Penyelesaian:     1 m = 100 cm
                             2 m = 2 x 100
                                     = 200 cm

Contoh 4:
Tukarkan 200 cm kepada m
Penyelesaian:     200 / 100
                             = 2 m

Contoh 5:
Tukarkan 2 km kepada m
Penyelesaian:     1 km = 1000 m
                             2 km = 1000 x 2
                                       = 2000 m
         
Contoh 6:
Tukarkan 2000 km kepada m
Penyelesaian:     2000 / 1000
                             = 2 km